April 26, 2014

[NEWS] Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah

Suatu pertandingan nasyid telah diadakan di Sekolah Rendah Tanjung Batu Tawau Sabah. Seramai orang 10 orang murid terlibat.

April 25, 2014

PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tanjung Batu Keramat, Tawau mula beroperasi pada 21 Julai 2000. Namun begitu, SK Tanjung Batu Keramat telah berpindah ke tapak dan bangunan baru pada November 2011. Lokasi sekolah sekarang begitu strategik kerana berada di kawasan yang jauh dari kesibukan jalan raya di Bandar Tawau iaitu terletak betul-betul di kaki Bukit Kukusan. Bangunan sekolah ini moden dan mempunyai kelengkapan yang terkini. Terdapat tiga jenis aliran pendidikan iaitu Aliran Perdana Tahun 1 hingga 6, Pendidikan Prasekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Program Pendidikan Khas Integrasi mula beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2013. Puan Khasmawati Lahuri selaku Penyelaras PPKI adalah orang pertama melapor diri sebagai guru pendidikan khas pada 15 Oktober 2012. Pada 29 Oktober 2012 seramai 6 orang murid telah didaftarkan. Guru PPKI telah bertambah pada tahun 2013 seramai 2 orang iaitu Ustaz Mazlan Mohd Noor dan Puan Habibah Mohd Kassim. Pada tahun 2014 pula telah bertambah 2 orang guru baharu iaitu Cik Nurfaharin Binti Shani dan Cik  Connielin anak Goda. Murid juga telah bertambah dari masa ke semasa dan sehingga kini seramai 15 orang murid telah ditempatkan di PPKI SK Tanjung Batu Keramat, Tawau.

Pada bulan Januari 2015, seorang Guru Pendidikan Khas Integrasi telah berpindah ke Kelas PPKI Sk. Tg. Batu Keramat Tawau iaitu Puan Dhora Binti Dabal, kemudian diikuti seorang GPKI JQaf iaitu Cik Za Khairiah Binti Kauzi @ Fauzi menjadikan bilangan guru bertambah seramai 6 orang. Bilangan murid pada masa itu adalah 19 orang. Pada pertengahan bulan Jun, 2015, seorang GPKI telah melapor diri ke PPKI Sk Tg Batu Keramat iaitu Puan Dg. Zurain Asdelina Binti Ag. Paun menjadikan bilangan guru seramai 7 orang dan bilangan murid bertambah kepada 27 orang.

Pada masa kini, kelas PPKI Sk. Tg. Batu Keramat telah berkembang pesat daripada 3 buah kelas kepada 5 buah kelas iaitu kelas 1 Bestari, 1 Wawasan, 1 Gemilang, 2 Inovatif dan 3 Kreatif.